Barang yang lepas jangan dikenang

Aku sejak dah duduk dengan keluarga besar ibu aku ni, selalu ada konflik dengan diri sendiri sebab di triggered. Haih. (baca atuk aku je selalu triggeredkan)

Tidaknya. Aku tahu aku dah 25 then patutnya dah kerja tolong ibu aku. Atuk aku yang aku rasa selama ibu aku membesar, tak ada pun dia disisi. Nenek kandung aku pun tak ada dengan ibu aku. Ibu aku dibesarkan oleh nenek belah atuk aku (arwah moyang akulah). Sampaikan nak ke kahwin pun arwah moyang aku carikan, settlekan. Bla bla bla sinetron banyak. malas aku nak ambil kisah.

Ni aku dah duduk sini, atuk aku asyik buka kisah lama dari dia mula bercerai dengan nenek kandung aku , dosa nenek kandung akulah apalalah, sampai ke aku ni kena kerja tolong ibu aku sebab berapa je pencen dia nak bayar itu ini. Fyi aku anak first ya. Aku bila orang cakap macam tu rasa tak guna tau aku ni.

Aku jawablah balik “Saya belajar sebab nak tolong ibu ayahlah atuk. Takkan saya tak fikir? Saya nak je kerja tapi dekat rumah saya tu apa je yang mampu janjikan cita-cita dan impian saya?. Sebab itu saya belajar di KL, menuntut kursus yang saya minat walaupun tahu mahal. Saya pinjam itu ini, sebab nak kejar impian saya. Ya saya tahu, boleh je kerja seni tanpa belajar. Tapi adalah beza dengan orang yang menuntut ilmu dengan orang yang tak. Saya stick dengan pendirian saya. Saya kena belajar untuk jadi seorang penulis yang penuh luar dalam

Atuk aku sambung lagi “Zaman sekarang dengan ekonomi yang tak stabil, graduan menggangur ramai tak ada dah “kerja ikut jiwa”. Kau kerja lah dengan pakcik blabllbal senang”

Aku balas, “Atuk saya tak nak cable-cable ni walaupun benda tu realistic. Contoh saya kerja tak bagus lah kan bagi mereka, tak ke dah malukan keluarga?. Saya boleh and tahu survive. Saya ada goal sendiri. Atuk doakan jelah. Tak minta atuk duit ke apa ke tuk. Ibu tu membesar hidup, tak minta duit atuk pun atuk kalau nak diceritakan”

Atuk aku tukar pasal pokok sukun kena tebang pula dekat rumah aku tu, katanya mahal lah apalah. Aku cakap aku tak nak ambil port pasal tanah tu pun. Aku suruh atuk tinggal sana. Ha dah dia bangun dari sofa macam tilam tu then conclude “Ada kau je mesti lah kena cerita kisah lama. Sebab kau cucu atuk dengan bekas isteri atuk (baca nenek kandung)”

Aku conlclude , “Lahhh alasan tu pula. Atuk yang buka”. Dan sebab inilah aku tak nak duduk dengan atuk aku……Aku okay je semua, tapi yang tang kisahh sedih-sedih, benda lama, tragedi itu ini, benda yang aku tak lahir lagi ni lah, aku palat gila walau pun realiti.

Aku nak teruska hidup dalam masa kini, bukan lepas Tuhan!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s