Lakonlayar ii

continue from..here.. (in fast foward)

Zaman kegelapan dunia penulisan aku fasa kedua (fasa pertama nanti aku tuliskan di post lain. Kerana itu adalah bagaimana titik mula tekanan aku dalam kehidupan), adalah ketika aku dalam 18 tahun-19 tahun. Aku ketika itu memasuki alam pembelajaran diploma. Awal diploma aku bersemangat. Mula ditengah hingga ke hujung, krisis kewangan menghimpit keluarga. Semua disebabkan aku puncanya. Aku punya minat hilang dalam menulis. Aku rasa semua yang aku buat, lagi hina dari sampah. Aku fikir seluruh ahli keluarga aku hinggalah ke atuk nenek aku benci dengan aku. (sebenarnya sampai sekarang ada sisa-sisa fikiran ini)

Course aku agak mahal sebenarnya. Aku dan keluarga aku silap langkah. Yakin yang tidak perlu membuat sebarang pinjaman pelajaran. Tapi bukan silap ibu ayah aku. Salah aku. Semua salah aku. Aku pada mulanya sudah bernekad mahu berhenti belajar ketika menjalani diploma. Ibu dan ayah bagi semangat untuk tidak berhenti. Rezeki itu dimana-mana. Ilmu itu kerna dicari. Aku jalani pembelajaran aku dalam tekanan sebenarnya. 24 jam sehari memikirkan aku, keluarga aku, adik-adik aku, masa depan adik-adik aku. Namun atas dorongan dan semangat ibu ayah, aku berjaya menamatkan diploma aku dengan sederhana. Namun masih dalam tekanan.

Aku nak kerja. Memang aku nak kerja lepas habis belajar. Tapi keluarga aku tiada kenderaan. Kereta yang ayah aku beli ketika pencen, mengalami kemalangan dan total lost. Yang ada hanya kancil itupun minyak cukup-cukup makan selalu dan motor yang sudah tamat road tax-nya. Aku nak kerja. Tapi rumah aku agak pendalaman dan aku memang tak nak menyusahkan kawan-kawan aku. Ibu dan ayah sejak aku masuk diploma terpaksa menebalkan muka meminjam sana-sini demi aku dan adik-adik. Ibulah yang menanggung keluarga masa ayah dah pencen. Aku rasa sebersalah. Tapi ibu ayah faham. Aku tak tahu nak buat apa. Aku lepas habis diploma, memang tak bergaul dengan sesiapa. Tak kira saudara mara atau atuk nenek. Aku rasa semua orang benci aku. Fikir aku ini malas dan menyusahkan. Tapi aku rasa memang mereka fikir dan betullah apa mereka fikir. Aku terima. Memang salah aku (till now aku masih fikir benda yang sama)

Hinggalah aku dapat tawaran sambung belajar Ijazah Sarjana Muda dalam bidang lain. Aku apply penulisan. Tapi tak diterima. Aku fikirkan segulung Ijazah itu berharga, aku terimalah tawaran kursus tersebut. Sekali ada kira-kira dan melukis. Argh aku tiap kali telefon ibu ayah aku, aku tak boleh bawa. Ibu ayah aku cakap cubalah. Aku buat deal dengan ibu aku, kalau failed satu subjek first sem aku quit. And yes aku failed. Jadi dari situlah aku mula bekerja dan AKU KEMBALI MENULIS.

Aku kerja macam-macam. Dari kerja dengan warga emas hinggalah kanak-kanak. Dari barangan hingga makanan. Semua aku kerja. Hinggalah sedang aku membaca surat khabar atau artikel mungkin mengenai Namron. Di situ dia ada bualkan tentang dia belajar di mana hingga berjaya menjadi seorang pelakon dan penulis yang bagus. Aku tertarik dan aku search. Betullah Tuhan tu Maha Esa. Tempat yang dia belajar dulu ada bidang penulisan. Lagilah ada majoring. Aku dengan gaji sendiri dan duit ibu aku sedikit, aku sambung belajar Ijazah dalam bidang yang aku suka sejak diploma lagi!.

Dan sekarang aku menjalani kehidupan aku dengan apa yang aku minati. Kursus Lakonlayar (screenplay). Aku dah berazam nak buat yang terbaik, balas budi ibu ayah aku, pakcik makcik, saudara mara dan atuk nenek aku.Dan tidak lupa terutamanya kawan-kawan aku yang sudi bantu meringankan beban aku. InsyaAllah. Aku kena usaha, teruskan menulis, jangan berhenti menulis dan jangan putus asa!

( Ibu dah pencen. Keluarga kami tidak lah terlalu susah atau terlalu senang. Kini ibu dan ayah berkebun di rumah. Kami masih menggunakan kancil edisi 2002 yang enjinnya kadang-kadang meragam. Ibu hadiahkan ayah motor baru. Itulah kenderaan utama kami. Adik-adik semua kini belajar di menara gading, sekolah menengah dan sekolah pendidikan khas.  Kini, aku tidak berapa tertekan seperti mana aku berumur hujung remaja, awal dewasa. Cuma masih ada memori-memori dahulu yang kadangkala berulang dan membuatkan aku senang untuk rasa tekanan seharian. Nak pergi jumpa pakar. Masih tak kuat. Sama macam aku nak balik jumpa keluarga. Masa mencemburui.)

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s