“If it were not for art, I would have killed myself a long time ago.”

Yayoi Kusama is often quoted as saying: “If it were not for art, I would have killed myself a long time ago.”

Seni seni dan seni seni masih lagi seni.
Aku dan seni takkan pernah habis bercumbuan.
Seni ini kan luas maknanya.
Seni Halus, Seni Bertutur, Seni Berperang, Seni Berfikir, Seni Sains dan sebagainya.

Aku rasa seni yang berbentuk seni,
memberi kepuasan kepada diri aku.
Memberi satu terapi untuk diri ini.
Aku punya pegangan adalah sama,
seperti Usman Awang serta angkatan ASAS-50.

Seni untuk Masyarakat.

Selama aku berkarya(ceeehhh tulis macam dah jadi orang industri, padahal) aku selalu memikirkan kesan kepada masyarakat yang berbilang lapisan dan pemikiran ini. Tidak dinafikan ada yang tidak mengerti apa yang kau cuba sampaikan, ada yang cuba untuk mengubah 100% penyampaian kau dan ada yang menolak mentah-mentah karya kau. Aku tidak kisah. Kritikan dan pemikiran manusia itu sepertinya sebuah kanvas yang dicalitkan dilukiskan dilakar dengan pelbagai strok, warna, bentuk, visual dan sebagainya.

Cuma yang aku tak faham langsung, bagaimana seseorang itu boleh memandang dan merasakan apa yang aku minati dan kejarkan ini suatu yang sia-sia dan membawa ke neraka? Dikatakannya juga, karya aku itu semuanya akan menempah tiket aku ke neraka dengan senang? Masalahnya dia tidak pernah baca mahupun usik lagi mahu melihat karya seni aku , mahupun mengenali apa itu seni. Dalam hati aku ketawa sahajalah sambil raut wajah aku membuat reaksi menghormati suruhannya.

Kalau aku buka pasal ‘ilm dalam islam mengenai tarikat, hakikat dan makrifat agak-agak seseorang yang seperti diatas itu boleh terima dan hadam tak? Bagi aku, Tuhan memang pembuat karya yang terunggul dan tiada siapa boleh tandingi. Jujurlah, selama aku hasilkan apa-apa pun tak ada niat nak menduakan Tuhan lagi mengatakan Tuhan itu beranak atau punya anak.

Selama 7-8 tahun belajar seni, ( dan masih lagi mencari erti seni) tak pernah nak rasakan seseorang pengkarya itu sesat ke, konspirasi ke, songsang ke. Aku hormat. Sebab aku percaya setiap karya yang dihasilkan ada sebab, ada mesej, nilai tersendiri dan ada juga yang berbentuk meminta pengampunan dalam senyap.

Bagi aku, apa-apapun yang manusia lakukan dan niat semua kerana Tuhan inchaAllah, seni itu diredhai. Tapi paling penting, kita perlu memikirkan dan melihat seni ini dari segi kebaikannya, positifnya. Bila niat yang baik dicampurkan dengan sokongan yang baik, inchaAllah akan diredhai. Seni ini juga satu medium terapi, rawatan dan melawan segala masalah terutamanya dalam masalah mental,  jiwa, hidup. Muzik kah, penulisan kah, filem kah, seni halus kah, graphic design kah, fashion kah itu semua satu pencarian dalam penyembuhan.

Kita tak tahu, jikalau sesebuah karya itu tidak kiralah dalam bentuk medium apa sekalipun, diredhai dan diangkat Tuhan. Kerana ada Ihsan, al-Haq, Jamal, Karim, Menfaat.

Yayoi Kusama telah di-diagnos mempunyai masalah mental dari muda, dan mula melukis dengan bermotifkan polka dot untuk melawan sakitnya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s