Lakonlayar

Aku rasa nak tergerak berkongsi mengenai, bagaimana aku boleh jatuh cinta dan berminat untuk menjadi seorang penulis yang tertumpu pada lakonlayar.

Sebagai seorang pengikut tegar filem/cerita layar lokal, ada diantara filem-filem/cerita layar lokal itu merupakan sumber rujukan/ilham/motivasi aku dalam mengiatkan diri menjadi seorang penuntut jurusan lakonlayar (cehh ayat macam jadi orang industri. Mimpi jelah dulu). Selama aku membesar, rasanya aku tidak pernah mengeluarkan atau menyokong sebarang kenyataan tentang filem/cerita layar kita tidak berkualiti. Entah. Walau aku membesar dengan orang sekeliling yang gemar menonton cerita dari luar negara, aku tidak pernah sesekali terlepas peluang untuk tidak menonton atau tidak mengambil berat tentang filem/cerita layar tempatan. Jadi aku akan berkongsi bagaimana, kenapa, mengapa, siapa di bawah ini —–>

Aku berlatar belakangkan dari keluarga yang rezekinya bagaikan cuaca. Kadangkala cerah dan kadangkala mendung. Tidak mengapalah. Asalkan televisyen ataupun sebarang bahan bacaan ada, sebagai memenuhi ruang-ruang yang kosong. Ingat lagi aku. Ketika masih menetap di Kuala Lumpur di sebuah rumah flat yang baru dibina bersebelahan sungai, masih tiada ASTRO ibu dan ayah seminggu sekali akan menyewa tape VHS. Rasanya aku menonton filem datangya dari Barat. Ber-genre kan kanak dan fantasy dari Disney/pixar dan sebagainya. Kalau ayah atau ibu ada bonus, akan bawa aku dan adik menonton wayang. Itupun setahun dalam 2-3 kali. Ayahlah yang selalu bawa. Ayah pula gemar menonton filem adventure/fantasy/action & comedy. Yang aku ingatlah ayah bawa aku tonton, , The pirates of carribean, Harry potter, Senario the movie, Spiderman. 617paradiso.promo_

Sekejap sahaja kami duduk di Kuala Lumpur sebelum berpindah jauh di pelusuk kotaraya. Daripada VHS tape dan panggung wayang itu, membantu aku berimaginasi dan aktif menulis apa yang aku fantasikan atau mahu jadi realiti.

Tiada alasan, jika ibu dan ayah aku sibuk bekerja membanting tulang demi aku dan adik-adik nun jauh ulang alik, aku pergi berkeliaran atau membuang masa dengan melepak di awal remaja. Aku lebih suka menulis, menonton cerita dan membaca buku-buku di rumah. Mostly menontonlah. Haa dalam aku form 1-2 dah ada ASTRO. Adalah satu channel ni memang favourite aku. ASTRO KIRANA. Memang banyak filem/cerita lokal dekat channel tu. Tak muak aku tengok. Bukan filem/cerita Melayu je. Cina, India & Borneo pun ada tau. Habis cerita, channel tu memang untuk filem lokallah. Dari channel situlah aku kenal Amir Muhammad, pete teo, James Lee, Yasmin Ahmad, Suhaimi Baba, Mamat Khalid, Liew Seng Tat dan lain-lain.  Tapi rasanya channel tu bertahan dalam setahun-dua tahun je aku rasa. Sedih bagi aku, yang susah nak pergi panggung wayang. It is okay. Disebabkan ibu tahu aku minat filem/cerita lokal, ibu bila balik kerja dari KL kadangkala belikan CD/DVD filem lokal. Makin eager aku menulis itu ini. Blogspot dulu berduyun-duyun. Sehinggalah zaman kegelapan aku muncul dalam dunia penulisan aku…

will be continue….

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s